Dalam
kosmologi fizik,
sintesis nuklear Letupan Besar (
Inggeris: Big Bang nucleosynthesis, juga
sintesis nuklear azali (primordial nucleosynthesis), disingkatkan: BBN) merujuk kepada penghasilan nukleus-nukleus selain daripada isotop paling ringan
hidrogen sewaktu fasa awal
alam semesta. Ramai saintis percaya yang
sintesis nuklear azali berlaku tidak lama selepas kejadian
Letupan Besar dan bertanggungjawab ke atas penghasilan
isotop hidrogen yang lebih berat,
deuterium (H-2 atau D), isotop-isotop
helium He-3 dan He-4, dan isotop-isotop
litium Li-6 dan Li-7. Selain daripada nukleus-nukleus stabil ini, nukleus yang tidak stabil atau
radioaktif juga terhasil, antaranya ialah
tritium (H-3 atau T),
berilium-7 (Be-7) dan berilium-8 (Be-8). Isotop-isotop tidak stabil ini telah mereput atau melakur dengan nukleus stabil yang lain.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.